Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #3: CAHAYA

Masih adakah untuk aku?

Sunday, December 4, 2011

Hujung tahun yang dinanti =)

Salam semua~

Lama rasanya tak menjenguk blog nie. Sedar-sedar dah bulan disember. Maklumlah, tengah syok bercuti kat rumah, tarikh memang tak ambil tahu sangat. Seronok rasanya cuti hampir seminggu. Berehat, luangkan masa dengan keluarga. Memang best.

Nasiblah ingat juga tarikh-tarikh penting dalam bulan nie. Hari nie birthday insan yang penting dalam hidup sekarang nie =) Tapi tak dapat raikan bersama, terpisah dek sempadan negeri. Takpelah, kita buat sambutan tertunda nanti okay. Selamat ulangtahun, semoga murah rezeki di tahun baru nie dan dirahmati Allah sentiasa.

Oh ya, semalam pulak birthday adik saya, sempat juga pergi makan-makan dekat Kenny Rogers kat Midvalley. Dah lama tak makan kat sana, pergi bawa kakak dan mak saya sekali. Saya bawa kereta kakak saya, sekali masa nak balik kereta rosak la pulak kat tengah jalan. Tragedi betul, kereta taknak jalan langsung. Dah la masa tu tengah naik bukit. Dalam kereta semua perempuan pula tu. Turun tolak tak bergerak pun. Nasiblah ada dua lelaki datang tolong tolak kereta ke tepi. Terima kasih banyak. Memang jadi memorilah nampaknya.

Adik dengan kakak saya. Gambar lama nie =)

Selain adik saya, 1 Disember hari tu birthday kakak saya. Kelmarin pergi Jcard Day dengan dia kat Mid jugak. Teman dia beli barang bayi. Tapi beli tak banyak pun, sebab dia nak beli kat jualan gudang semalam. Semoga selamat melahirkan baby yang sihat bulan April tahun depan. Amiinnnn~

Banyak lagi hari penting bulan nie. Semoga semua yang menyambut ulangtahun bulan nie dilimpahi rahmat Allah sentiasa. Selamat berbahagia juga buat mereka yang memilih untuk berumahtangga pada bulan nie. Banyak betul jemputan yang datang, alhamdulillah.

p/s: Salam tahun baru semua~

Selamat ulangtahun =)

Untuk dia...



Selamat ulang tahun buat kamu
Insan teristimewa
Jalan masa depan masih samar
Tempuhilah dengan sabar
Andai dalam perjalanan nanti kau jatuh
Bangunlah kerana aku ada di sisi kamu
Selamanya, dengan izin Allah.

Wednesday, November 23, 2011

Gegak gempita

Salam semua~

Sana sini baca pasal kemenangan pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir bola sepak sukan SEA hari Isnin hari tu. Ada yang puji, ada yang kutuk, ada yang bangga dan macam-macam lagi lah. Apa-apa pun, tahniah jugalah saya ucapkan kepada harimau muda kita yang berhempas pulas nak pertahankan pingat emas sukan SEA dua tahun lepas.

Dah lama saya tak ikuti perkembangan bola sepak. Dulu adalah minat juga, tapi jarang sangat nak luangkan masa tengok perlawanan bola kat tv tu. Saya lebih suka tengok drama. Heh. Tapi kali nie lain sikit rasa dia. Saya tengok bola sukan SEA nie sejak Malaysia lawan Kemboja hari tu sampailah ke final. Semangat dia lain macam betul. Tengok pulak dengan rakan serumah yang sangatlah bersemangat waja. Tengok sampai bertempik-tempik, tepuk lantai, tepuk tangan, sampai bergegarlah rumah dibuatnya. Dahsyat penangan kali nie. Dan, tak sia-sia sakit tekak menjerit-jerit, Malaysia menang juga =)


Entah apalah yang jiran-jiran saya nie fikir, anak dara empat orang kat rumah buat bising tak ingat dunia langsung. Heh. Nak buat macam mana, dah cuba control tapi terjerit kuat juga. Excited lebih. Heh. Kali terakhir saya semangat tengok bola macam nie adalah masa final World Cup 2002. Tengok ramai-ramai kat bilik TV asrama lagi tu. Semangat jerit-jerit tepuk lantai sampai cermin jam tangan pecah. Kahkahkah. Tapi Germany kalah pula kat Brazil. Kecewa betul masa tu. Alah kanak-kanak lagi kan, kawan minat Germany, kita pun ikut sama minat Germany. Pada hal sebelum tu tak tau apa-apa pun.

Seronok juga tengok bola macam nie. Kalau ada perlawanan besar-besar boleh tengok lagi nanti =)

Happy Birthday to Sis Lydia Miza (LM)

Salam semua~

Entri nie ditulis khas untuk rakan blogger, kak Lydia Miza atau lebih dikenali sebagai LM, pemilik blog Hidup Itu Indah sempena hari kelahirannya yang jatuh pada hari nie, 23 November. Happy Birthday yang ke 30 kak, semoga terus dilimpahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah hendaknya.

Banner blog sis LM.

Saya kenal sis LM nie masa mula-mula dia aktif berblog dulu, daripada follower puluh-puluh sampai sekarang dah 2000++ pun. Dari berdotblogspot ke dotcom dah sekarang. Kejap je naik dalam dunia blogging nie, kagum saya dengan kerajinan sis LM. Saya gembira dapat mengenali sis LM walaupun di dunia maya nie je, sebab sis LM seorang yang sangat prihatin. Semoga bahagia sentiasa.  Aminnn~

Sumber gambar. Saya tambah nama sis je =)

p/s: Sis LM ada buat GA sempena birthday dia hari nie. Sempat lagi kot nak join. Klik sini.